Thursday, November 18, 2010

Hari Raya...

0
Hari raya...
Kalau dah nama hari raya kat Malaysia ni, tak sah kalau takder makanan yang melambak-lambak kat umah nie. Umah aku ke?? Owh sudah pasti dan rumah orang lain juga... Makanan yang ada atas meja tu selalunya cukup untuk buat makan 20-30 orang makan dibandingkan dengan orang dalam rumah tu yang mungkin hanya ada 10 orang sahaja.
Kalau hari raya aidil fitri, banyak kuih yang ada atas meja tapi kalau raya aidil adha ni menu utamanya adalah daging ye. Walaupun aku budak yang belajar sains ni tahu yang daging merah adalah kurang elok untuk kesihatan tapi still melantak dengan jayanya sampai laa kepala dah naik pening-penig lalat (lalat ke??).
Dengan banyak yang buat kenduri akikah lagi, ada jugak yang buat open house, semua jemputan tu dapat dipenuhi satu sahaja dalam masa satu hari. So, kepada kawan-kawan yang invite aku tu kalau aku tak sampai tu maaf lah yer.. Semuanya disebabkan kekangan masa dan jarak.
So, sepanjang masa 2 hari hari raya aidil adha ni, ntah berapa banyak kalori yang telah aku telan yang mana tenaga yang digunakan adalah tak seberapa. Jadi sebelum semua kalori tu bertukar menjadi lemak, aku harus melakukan sesuatu yang lebih produktif untuk 'fully utilized' semua input kalori tu... Jadi kawan-kawan... Jom jogging sambil bakar lemak...

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha,...

0
Salam...
Selamat Hari Raya
Aidil Adha buat semua yang mengikuti dan membaca blog ini...
Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan...
Marilah kita berhijrah ke arah yang lebih baik...

Tuesday, November 9, 2010

Aku ingin.....

0
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin menjadi matahari untuk menerangi kegelepan alam
Aku ingin menjadi burung yang terbang bebas diangkasa
Aku ingin menjadi ombak yang setia menghempas pantai
Aku ingin menjadi bulan yang sering dipagari bintang
Aku ingin menjadi seorang cendekiawan yang menyumbangkan ilmu
Aku ingin menjadi seorang penulis yang meniupkan semangat
Aku ingin menjadi seorang muslimah yang sejati
Aku ingin menjadi komputer yang menyebarkan maklumat
Aku ingin menjadi kamus untuk rujukan
Aku ingin membahagiakan kedua orang tuaku
Terlalu banyak yang aku inginkan dalam hidup ini yang mungkin juga tak tercapai dek akal
Tapi ketahuilah...
Aku lebih ingin kau tahu bahawa aku selalu memujamu...

Monday, November 8, 2010

Persoalan... Romantik???

0
Semalam terbaca satu kisah kat dalam blog.. Blog tu banyak 'post'kan cerpen-cerpen yang mungkin menarik. Tapi kisah yang aku baca semalam memang agak menarik. Yang lain aku tak sempat baca lagi sebab buku mikrobiologi yang tebal tu pun tak habis baca lagi..(sebab tu yang lain tu aku main agak.. menarik jer) Hehe. So, layan je la satu cite tu tajuk "Kisah Adam dan Zulaikha". Citer tu jadi best sebab seorang Adam tu digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat penyabar, sangat anak mak, sangat kelakar dan peramah, sangat caring dan loving. So, persoalan aku sekarang adalah, adakah lelaki yang macam tu betul-betul wujud. Kadang-kadang pernah gak terfikir, kat bumi Malaysia nie memang ada lelaki romantik ke? Rasanya macam susah kot. Kalau ada tolong laa buktikan kat aku so that aku still boleh percaya yang lelaki macam tu memang wujud. Hehe..
Agak panas jugak laa topik aku hari ni.. (Jangan tersinggung yer). Ni cuma la pendapat aku jer kan. Sebab kat Malaysia nie, rasanya banyak lelaki yang masih segan untuk bergelar romantik. Especially kat isteri diorang. Dan sebenarnya, romantik itu sangat luas maknanya. Bukan sekadar menghantar bunga tiap-tiap hari dan pegi candle light dinner tu ajer yang romantik.. Romantik tu juga subjektif seperti kita menilai kecantikan. Jadi setiap pasangan itu menilai tahap keromantikan pasangan dengan parameter yang berbeza. So, kalau tanye aku pasal lelaki romantik, aku memang wish lelaki macam Edward Cullen tu untuk dijelmakan dalam dunia nyata dengan sedikit penambahan laa. Islam dan bukan vampire.. Hehe.. Korang lak camana??

Friday, November 5, 2010

Apa hukumnya...?

0
Sekarang jam di laptop menunjukkan pukul 12.40 am. Aku masih berjaga sambil berchatting dengan rakan. Membincangkan masalah yang tak pernah selesai. Kadang-kadang rasa kesian menjengah di hati. Melihatkan ketulusan cinta dua insan yang terhalang oleh seorang manusia. Manusia yang mempunyai kuasa. Kuasa yang bukan calang-calang. Manusia yang mampu menjerumuskan seseorang itu ke neraka lantaran mengingkari kehendaknya. Ya. Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Anak yang menderhaka kepada ibunya juga dikatakan tidak akan mencium hatta bau syurga sekalipun. Begitulah besarnya kuasa seorang ibu. Tapi persoalannya di manakah letaknya kewarasan seorang ibu bila tegar melihat seorang anak menderita dengan alasan yang tidak logik. Di mana letaknya tanggungjawab seorang ibu yang sanggup membiarkan anak melakukan maksiat dari membiarkannya memilih jalan yang halal. Apakah hukumnya??
Kita selalu berkata yang seorang ibu selalu menginginkan sesuatu yang terbaik untuk anaknya. Tapi kenapakah masih ada ibu yang sanggup untuk melihat anaknya menderita. Membiarkan anaknya mencari di mana kesilapan dirinya sedangkan kesilapan itu sengaja dibentuk ibunya untuk menidakkan kemahuan si anak. Agak rumit skali masalah ini.
Apakah hukumnya untuk si ibu yang sering memperkecilk-kecilkan kebolehan si anak, memandang rendah terhadap si anak, memalukan anak di hadapan orang lain, meminggirkan si anak, terbiar tanpa kasih sayang? Apakah hukumnya?? Aku bukanlah seorang yang arif yang mampu memberikan hukuman atas setiap persoalan yang timbul. Aku juga manusia biasa seperti kamu. Jadi kepada sesiapa yang tahu jawapannya, bantulah aku.. Sedarkan aku, berikanlah ku ilmu, biar ku tahu, apa hukumnya.....

Wednesday, November 3, 2010

Kisah Rasullullah S.A.W

0

Hari ni pagi-pagi buka email, terlihat laa satu email baru yang ada dalam inbox ni ha. Tiba-tiba rasa macam mahu share.. Semoga kita mendapat pengajarannya.


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..'

Thursday, October 28, 2010

Log Book...

0
Dalam entry sebelum ni aku rasa la aku ada sebut pasal log book. Untuk student yang buat Master by research memang kena ada satu log book (kalau x salah aku la.. kalau salah tolong betulkan). Jadi log book nie ada format dia dan mostly yang banyak diceritakan dalam log book ni adalah aktiviti harian dan termasuk jugak laa journal review (journal yang kita baca kita summarized). Jadi sebagai budak yang baru nak belajar balik ni aku agak laa mengalami kesukaran untuk membuat log book nie (specifically journal review). Jadi, untuk mengingatkan diri sendiri dan membantu sesiapa yang tak pernah buat log book tapi nak belajar buat log book, ni aku sertakan format yang diperlukan untuk buat log book (kredit to kak irah sebab dia yang ajar aku buat log book nie.. TQ kakak). Opss.. lupa.. format yang aku nak tulis bukan format log book tapi journal review..

Ok.. Jadi ni la format untuk satu journal review...

TITLE : Kisah hidup aku

JOURNAL : Journal hidup aku

AUTHOR : Akulah

ABSTRACT : Yang ni kena tulis full abstract dari journal yang dibaca.. Kalau kena yang panjang tu jenuh laa korang manyalin.

METHODOLGY : Ni kena buat ringkasan method yang digunakan penulis. Buat yang ringkas tapi difahami okay!!

RESULTS : Ni keputusan yang diperolehi dari journal tersebut.... juga dalam bentuk ringkasan.

Okay... Tamat... Selamat mencuba... Renung-renungkan dan selamat beramal...