Thursday, November 18, 2010

Hari Raya...

0
Hari raya...
Kalau dah nama hari raya kat Malaysia ni, tak sah kalau takder makanan yang melambak-lambak kat umah nie. Umah aku ke?? Owh sudah pasti dan rumah orang lain juga... Makanan yang ada atas meja tu selalunya cukup untuk buat makan 20-30 orang makan dibandingkan dengan orang dalam rumah tu yang mungkin hanya ada 10 orang sahaja.
Kalau hari raya aidil fitri, banyak kuih yang ada atas meja tapi kalau raya aidil adha ni menu utamanya adalah daging ye. Walaupun aku budak yang belajar sains ni tahu yang daging merah adalah kurang elok untuk kesihatan tapi still melantak dengan jayanya sampai laa kepala dah naik pening-penig lalat (lalat ke??).
Dengan banyak yang buat kenduri akikah lagi, ada jugak yang buat open house, semua jemputan tu dapat dipenuhi satu sahaja dalam masa satu hari. So, kepada kawan-kawan yang invite aku tu kalau aku tak sampai tu maaf lah yer.. Semuanya disebabkan kekangan masa dan jarak.
So, sepanjang masa 2 hari hari raya aidil adha ni, ntah berapa banyak kalori yang telah aku telan yang mana tenaga yang digunakan adalah tak seberapa. Jadi sebelum semua kalori tu bertukar menjadi lemak, aku harus melakukan sesuatu yang lebih produktif untuk 'fully utilized' semua input kalori tu... Jadi kawan-kawan... Jom jogging sambil bakar lemak...

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha,...

0
Salam...
Selamat Hari Raya
Aidil Adha buat semua yang mengikuti dan membaca blog ini...
Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan...
Marilah kita berhijrah ke arah yang lebih baik...

Tuesday, November 9, 2010

Aku ingin.....

0
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin menjadi matahari untuk menerangi kegelepan alam
Aku ingin menjadi burung yang terbang bebas diangkasa
Aku ingin menjadi ombak yang setia menghempas pantai
Aku ingin menjadi bulan yang sering dipagari bintang
Aku ingin menjadi seorang cendekiawan yang menyumbangkan ilmu
Aku ingin menjadi seorang penulis yang meniupkan semangat
Aku ingin menjadi seorang muslimah yang sejati
Aku ingin menjadi komputer yang menyebarkan maklumat
Aku ingin menjadi kamus untuk rujukan
Aku ingin membahagiakan kedua orang tuaku
Terlalu banyak yang aku inginkan dalam hidup ini yang mungkin juga tak tercapai dek akal
Tapi ketahuilah...
Aku lebih ingin kau tahu bahawa aku selalu memujamu...

Monday, November 8, 2010

Persoalan... Romantik???

0
Semalam terbaca satu kisah kat dalam blog.. Blog tu banyak 'post'kan cerpen-cerpen yang mungkin menarik. Tapi kisah yang aku baca semalam memang agak menarik. Yang lain aku tak sempat baca lagi sebab buku mikrobiologi yang tebal tu pun tak habis baca lagi..(sebab tu yang lain tu aku main agak.. menarik jer) Hehe. So, layan je la satu cite tu tajuk "Kisah Adam dan Zulaikha". Citer tu jadi best sebab seorang Adam tu digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat penyabar, sangat anak mak, sangat kelakar dan peramah, sangat caring dan loving. So, persoalan aku sekarang adalah, adakah lelaki yang macam tu betul-betul wujud. Kadang-kadang pernah gak terfikir, kat bumi Malaysia nie memang ada lelaki romantik ke? Rasanya macam susah kot. Kalau ada tolong laa buktikan kat aku so that aku still boleh percaya yang lelaki macam tu memang wujud. Hehe..
Agak panas jugak laa topik aku hari ni.. (Jangan tersinggung yer). Ni cuma la pendapat aku jer kan. Sebab kat Malaysia nie, rasanya banyak lelaki yang masih segan untuk bergelar romantik. Especially kat isteri diorang. Dan sebenarnya, romantik itu sangat luas maknanya. Bukan sekadar menghantar bunga tiap-tiap hari dan pegi candle light dinner tu ajer yang romantik.. Romantik tu juga subjektif seperti kita menilai kecantikan. Jadi setiap pasangan itu menilai tahap keromantikan pasangan dengan parameter yang berbeza. So, kalau tanye aku pasal lelaki romantik, aku memang wish lelaki macam Edward Cullen tu untuk dijelmakan dalam dunia nyata dengan sedikit penambahan laa. Islam dan bukan vampire.. Hehe.. Korang lak camana??

Friday, November 5, 2010

Apa hukumnya...?

0
Sekarang jam di laptop menunjukkan pukul 12.40 am. Aku masih berjaga sambil berchatting dengan rakan. Membincangkan masalah yang tak pernah selesai. Kadang-kadang rasa kesian menjengah di hati. Melihatkan ketulusan cinta dua insan yang terhalang oleh seorang manusia. Manusia yang mempunyai kuasa. Kuasa yang bukan calang-calang. Manusia yang mampu menjerumuskan seseorang itu ke neraka lantaran mengingkari kehendaknya. Ya. Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Anak yang menderhaka kepada ibunya juga dikatakan tidak akan mencium hatta bau syurga sekalipun. Begitulah besarnya kuasa seorang ibu. Tapi persoalannya di manakah letaknya kewarasan seorang ibu bila tegar melihat seorang anak menderita dengan alasan yang tidak logik. Di mana letaknya tanggungjawab seorang ibu yang sanggup membiarkan anak melakukan maksiat dari membiarkannya memilih jalan yang halal. Apakah hukumnya??
Kita selalu berkata yang seorang ibu selalu menginginkan sesuatu yang terbaik untuk anaknya. Tapi kenapakah masih ada ibu yang sanggup untuk melihat anaknya menderita. Membiarkan anaknya mencari di mana kesilapan dirinya sedangkan kesilapan itu sengaja dibentuk ibunya untuk menidakkan kemahuan si anak. Agak rumit skali masalah ini.
Apakah hukumnya untuk si ibu yang sering memperkecilk-kecilkan kebolehan si anak, memandang rendah terhadap si anak, memalukan anak di hadapan orang lain, meminggirkan si anak, terbiar tanpa kasih sayang? Apakah hukumnya?? Aku bukanlah seorang yang arif yang mampu memberikan hukuman atas setiap persoalan yang timbul. Aku juga manusia biasa seperti kamu. Jadi kepada sesiapa yang tahu jawapannya, bantulah aku.. Sedarkan aku, berikanlah ku ilmu, biar ku tahu, apa hukumnya.....

Wednesday, November 3, 2010

Kisah Rasullullah S.A.W

0

Hari ni pagi-pagi buka email, terlihat laa satu email baru yang ada dalam inbox ni ha. Tiba-tiba rasa macam mahu share.. Semoga kita mendapat pengajarannya.


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..'

Thursday, October 28, 2010

Log Book...

0
Dalam entry sebelum ni aku rasa la aku ada sebut pasal log book. Untuk student yang buat Master by research memang kena ada satu log book (kalau x salah aku la.. kalau salah tolong betulkan). Jadi log book nie ada format dia dan mostly yang banyak diceritakan dalam log book ni adalah aktiviti harian dan termasuk jugak laa journal review (journal yang kita baca kita summarized). Jadi sebagai budak yang baru nak belajar balik ni aku agak laa mengalami kesukaran untuk membuat log book nie (specifically journal review). Jadi, untuk mengingatkan diri sendiri dan membantu sesiapa yang tak pernah buat log book tapi nak belajar buat log book, ni aku sertakan format yang diperlukan untuk buat log book (kredit to kak irah sebab dia yang ajar aku buat log book nie.. TQ kakak). Opss.. lupa.. format yang aku nak tulis bukan format log book tapi journal review..

Ok.. Jadi ni la format untuk satu journal review...

TITLE : Kisah hidup aku

JOURNAL : Journal hidup aku

AUTHOR : Akulah

ABSTRACT : Yang ni kena tulis full abstract dari journal yang dibaca.. Kalau kena yang panjang tu jenuh laa korang manyalin.

METHODOLGY : Ni kena buat ringkasan method yang digunakan penulis. Buat yang ringkas tapi difahami okay!!

RESULTS : Ni keputusan yang diperolehi dari journal tersebut.... juga dalam bentuk ringkasan.

Okay... Tamat... Selamat mencuba... Renung-renungkan dan selamat beramal...

Wednesday, October 27, 2010

Inikah namanya update??

0
Hari ni p.m ngan meksu.. suh dia update blog. Seronok je singgah di blog kawan-kawan dan boleh baca entry dorang.. tapi aku punya blog sangat laa lama sudah tak terusik. Mungkinkah disebabkan kesibukan yang melanda maka mengakibatkan diri terleka untuk mengupdate blog.
Hurm, sepanjang jadi pelajar ni banyak juga benda yang aku kena belajar dan salah satunya log book. Jari yang dah lama tak menulis nie kadang-kadang terasa agak kaku untuk menulis. Maklum laa.. Zaman skang nie banyak yang dah guna komputer. Tangan lagi tangkas menaip dari menulis patah-patah perkataan dalam buku. Huhu. Even dulu kalau nak hantar kad dekat student pun pakat type n print semata-mata. Istilah tulis tangan tu untuk tandatangan semata-mata.
Akibat menggunakan peralatan dengan cara yang kurang ergonomik, kebelakangan ini tangan dah mula rasa kekejangan. Mungkin akibat penggunaan komputer yang agak kerap. Haruslah lepas nie asyik kena exercise jari-jari dan tangan ni. Takut juga di usia masih muda terkena Carpal syndrome. Huhu...
Okeylah.. rasa cukup dah nie untuk update.. Inikan juga dinamakan update.. Walaupun ringkas tapi tetap baru update... Hehe.. Sambung wat keje... Menulis.... Pakai pen biru okay... Bukan merah macam tanda kertas student dulu.. Skang balik kepada biru kembali.. Ngeh3... Adios..

Thursday, October 21, 2010

Tak suka....

0
Hurm...
Hari ni bengang sebab tengok laptop yang berjalur nie...
Baru jer wat hal semalam..
Hari ni makin parah
Skrin macam bertambah jalur....
Tak suka...
...........................................................................................................................................................................

Nak update blog...
Tapi idea tarak mari...
Tak suka....
...........................................................................................................................................................................

Nak kena revised proposal balik...
Tapi tak tahu nak mula dari mana...
Tak suka...
...........................................................................................................................................................................

Rasa lapar...
Nak makan nasi..
Tapi kena makan sorang-sorang...
TAK SUKA....

Monday, October 18, 2010

Ku Bahagia...

0
Bahagia...

Kenapa hari ni aku pilih tajuk ni? Aku pun tak tahu. Cuma bak kata ustaz bahasa arab aku dulu, ada lintasan dalam hati saya... So ni pun ada lintasan dalam hati aku yang suh letak tajuk nie. Apa yang aku nak karang aku pun belum tahu.
Bahagia. Satu perkataan yang subjektif. Sama macam kecantikan. Benda yang subjektif, sukar untuk diberikan pengertian. Bahagia boleh dirasai bila kita melihat orang lain bahagia. Atau mungkin penderitaan orang lain boleh buat kita bahagia. Kadangkala bahagia seseorang itu hadir apabila dia menyakiti hati orang lain. Kadang-kadang kita boleh bahagia dengan buat orang lain ketawa walaupun dalam hati kita menangis.
Entah la.. Kusut. Mengupdate blog dalam keadaan minda yang sebahagian tiada bukanlah satu perkara mudah. Tiap kata-kata dirasakan kurang menarik dan tak mencapai objektif sebenar si penulis. Walau apa pun... Bahagia jugak bila dapat update blog ini... Semoga pembaca berbahagia selalu hendaknya....

Wednesday, October 13, 2010

Review...

0
Setelah ditinjau post-post aku sebelum ni, kebanyakan entry adalah berbentuk kesedihan. Adakah benar aku mengalami waktu-waktu yang kurang menarik di akhir-akhir ini?? Banyak benda yang berlaku kadang-kadang buat aku tak sempat untuk memikirkannya tambahan pula aku mengambil masa untuk 'adapt' dengan alam sekeliling aku.
Hari ni pun aku masih berada di library. Buat sedikit kerja yang patut untuk proposal aku. Kalau la aku boleh buat permintaan yang aku akan faham dan ingat semua sekali yang aku baca kan menarik? Tak yah laa dua tiga kali aku baca tapi masih belum faham apa yang disampaikan oleh penulis tersebut malah susah pulak nak ingat. Berada di library telah mengajar aku untuk menjadi seorang yang pendiam. Maklum la, kat library mana boleh bising. Kalau boleh pun mesti kat discussion room. Hehehe. So aku pun mula la menjadi seorang yang agak kurang berkata-kata dan mungkin pada satu hari nanti aku juga boleh lupa camana cara untuk berkata-kata (hehehe.. yeker aku ni?).
Sampai sekarang ni kadang-kadang aku macam dah kurang mengenali diri sendiri. Perwatakan ku dirasakan banyak yang berubah. Mungkinkah akibat kematangan aku atau tekanan kerja aku? Mana satu aku still tak boleh nak figure out. Baru aku tahu rupanya letih menjadi seorang yang matang ni. Penat sebab tak boleh nak bergelak ketawa banyak sangat. Perangai dan perlakuan harus dijaga agar tak dilihat gila dan gila-gila. Hehe. Gelak terhadap diri sendiri. Kematangan mengajar untuk kita lebih serius terhadap diri ini. Mungkin dulu segala yang berlaku boleh diambil mudah, tapi kini apa yang dilakukan akan difikirkan baik dan buruk kesannya terhadap diri sendiri dan alam sekitar (hah?? ye ke alam sekitar??? takkanlah kot).
Apapun yang berlaku, orang kata life must goes on. Walau seperit mana pu dugaan dan cabaran dalam hidup, hidup ni mesti diteruskan. Aku bersyukur masih punya umi dan papa yang selalu ada untuk aku, punya kawan-kawan yang mampu untuk menghiburkan hati aku dan punya adik beradik yang teman aku gaduh-gaduh manja untuk hilangkan stress dan anak-anak buah yang stay cute untuk diusik. Dan aku masih bersyukur kerana masih berpeluang untuk bernafas di bumi Tuhan dan meneruskan perjuanganku untuk diri ini dan keluarga. Semoga apa yang aku buat akan mendatangkan hasil yang baik di masa hadapan. Wish me all da best...

Tuesday, October 12, 2010

Hari ini punya B.L.u.R.R..

0
Blurr...

Fikir lagi..

Blurr lagi..

Sangat benci dengan perkataan ini... Blurr..

Blurr lagi...

Kenapa semalam ada idea melambak nak tulis kat blog ini tapi hari ini semua dah blurr...

Blurr lagi...

Ada apa dengan blurr??

Blurr lagi.. Sebab memang blurr membuat kita tiada apa-apa.... Tak boleh memikirkan apa-apa..

Masih blurr...

D.I.A.M dan Blurr lagi....

Monday, October 11, 2010

Mimpi indah...

0
Tepat pukul 5.04 pagi aku dah tersentak. Terkebil-kebil mata ni memikirkan mimpi yang baru dilalui tadi. Tangan mula meraba-raba cari handphone yang terselit di celahan bantal. Tengok jam yang baru pukul 5.04 pagi tu buat aku termenung seketika. Pandang sekeliling. Gelap. Otak masih lagi memproses mimpi yang masih dilalui sebentar tadi.
Kadangkala orang kata mimpi itu permainan tidur. Walaupun permainan tidur, kadangkala mimpi yang mengembirakan tu mampu membuatkan pagi kita ceria. Rasa macam tak nak bangun pun ada. Setelah berendam air mata semalaman mungkin mimpi itu mampu membuatkan aku tersenyum. Mampu mengubat hati aku yang duka ini.
So, pagi ni masih sempat tersenyum sebelum pergi meneruskan kerja bila teringatkan mimpi semalam. Rasa bahagia. Ingin tersenyum. Dan semoga ramalan di sebalik mimpi tu adalah betul. Mesti semua orang nak tahu aku mimpi apa pagi tadi. Hehehe. Rahsia. Bukan rahsia sangat pun. Cuma susah nak digambarkan dengan kata-kata. Sebab tu malas nak cerita. Jadi jangan fikir bukan-bukan ye. Baru ku tahu, rasa cinta dan rasa dihargai adalah amat menarik. Selamat bercinta semua...

New life begin...

0
Hari ini sudah masuk hari kedua menetap di 'rumah' baru aku dia Kg Baru, Kuala Lumpur. Perasaan pada saat ini sukar digambarkan dengan kata-kata. Ada sedikit sedih (sebab jauh dengan family dan kawan-kawan), sedikit risau (nak jalani kehidupan seterusnya di bandaraya yang sibuk ini), gembira (sebab jumpa kawan-kawan baru), blurr (tak tahu nak mulakan kerja dari mana) dan yang paling penting saat ini pun dah mula rindu dengan semua orang.
Kadang-kadang rasa macam tak terpikul dengan semua bebanan yang ada. Tapi apa ertinya hidup tanpa cabaran. Diri sendiri perlu dicabar untuk membuktikan kemampuan diri yang kadangkala diragui oleh sesetengah pihak yang suka memandang rendah akan kemampuan orang lain.
Meski perasaan sedih menghantui diri, perasaan gembira pun turut bertandang di hati. Perasaan sedih sedikit terubat dengan kenalan-kenalan baru 'housemate' ku disini. Kelakar jugak bila fikir-fikir balik, ni adalah kali kedua aku mempunyai 'housemate'. First time of course la dengan Fini masa keja kat KT dulu. Sekarang ni 'housemate' merangkap 'roommate' dengan yana atau nama panjang dia Fauziana. Budak Shah Alam. Umur 21. Bila dia dah umur 21, maka umur aku automatik jadi 18. Hehehe.. Sebenarnya total 'housemate' aku adalah 5 orang. Tapi panjang sangat laa kalau nak cerita pasal semua skali. Salah dua orangnya adalah nurse kat HKL. Selalunya sebelum ni bila duduk kat asrama pun biasanya dah ada roomate. So aku jarang tinggal kat rumah sewa ni. Sekarang ni kena laa biasakan diri untuk menjadi sebahagian dari penghuni rumah sewa ini. Hope everything goes fine.
Jadi, wish me luck dengan kehidupan baru aku. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.. And aku masih lagi kurang arif dengan jalan kat KL ni. Jadi kereta yang follow keta aku tu harap dapat bersabar la sebab aku masih berusaha keras membaca papan tanda. Jalan ke rumah sendiri pun kurang arif. Aiyoyo... Berusahalah... Dan TABAH!!

Saturday, October 9, 2010

Masalah lagi???

0
Hari ni hari Sabtu macam biasa tiada apa yang menarik untuk dilakukan. Esok hari Ahad bermakna aku akan berada di bumi Kuala Lumpur lagi. Perasaan malas dah menjengah diri yang kurang suka berada di bandar yang sesak seperti Kuala Lumpur itu. Walaupun segala kemudahan ada di sana, aku masih lemas dengan suasana kota yang agak sesak bagi aku.
Aku akan berada di sana lebih kurang selama tiga bulan. Sepatutnya sewa di rumah seorang kawan aku di Gombak tapi disebabkan oleh masalah yang melanda di saat-saat akhir membuatkan perancangan terpaksa dibatalkan. Owh, kenapakah rancangan dibatalkan pada sehari sebelum aku ke sana. HuhuHu..
Sementelahan (betul ke penggunaan perkataan ni??) itu, aku pun terpaksa la mencari rumah sewa di saat-saat akhir. Jenuh menjengah ke ruangan internet untuk mencari mana-mana iklan sewa bilik especially di mudah.com, adalah terjumpa 1,2 tawaran menarik untuk di masukkan dalam pertimbangan. Tapi keputusan belum ditentukan lagi. Kakakku juga membantu memberikan senarai rumah yang available untuk dihuni tapi aku masih belum berpeluang untuk menelefon si tuan bilik.
Mood nak berkemas pun tiada. Buntu memikirkan apa yang perlu dibawa. Banyak sungguh masalah. Bila tiap kali sembang dengan umi aku tu, ayat dia selalu je berbunyi camni "Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Sabarlah. Mana tahu susah hari ni kemudian hari kita senang". Hurm.. Betul jugak cakap umi aku tu. Tapi mewujudkan kesabaran bukanlah semudah yang diperkatakan. Kalau tak takkanlah dikatakan yang sabar itu SEPARUH dari IMAN.
Jadi, bila dah buntu macam ni aku pun biasa senyap aje. Tak nak sampai melukakan hati insan lain. Semoga Allah kurniakan aku dengan tahap kesabaran yang tinggi. Semoga dengan sabar kita akan mendapat kemanisan di akhirnya.....

Friday, October 8, 2010

Apa -apa jelah...

0
Hari ni, lebih tepat sejak akhir-akhir ini badan sering terasa lemah dan lesu. Entah dimana kekurangannya sehingga waktu tidur seolah-olah tidak mencukupi buatku. Badan terasa lemah dan agak kurang bertenaga untuk bergerak ke sana sini. Apakah yang berlaku disebalik semua ini tidak dapat dikenalpasti.

Bila badan dah lesu, otak mulalah tidak dapat berfikir dengan penuh waras. Kepala terasa sedikit pusing. Segala macam yang terancang dalam fikiran hanya tinggal perancangan saja. Apakah yang sudah berlaku terhadap diri ini. Terasa semua tenaga sudah dikuras untuk sesuatu yang tidak pasti. Tidak dapat dikesan masalah berpunca dari mana.

Lantaran keadaan diri yang agak lesu, kemarahan amat mudah menjengah diri ini. Ada saja perkara yang dirasakan tidak betul berlaku dihadapan mata walhal perkara-perkara itu bukanlah besar sehingga mampu menimbulkan amarah di hari-hari biasaku. Lantaran tidak mahu menyakiti hati-hati insan tersayang yang berada disekelilingku, aku lalu mengambil langkah untuk mendiamkan diri dari bercakap sambil meninggikan suara lantas mengguris perasaan orang-orang yang tidak sepatutnya.

Persoalannya sekarang, apakah yang sudah berlaku pada diriku?????

Thursday, October 7, 2010

Di balik tabir... I waNt bLog Gop

0
Jam dah menunjukkan pukul 12:18 am dan aku masih lagi di depan komputer cuba bereksperimen dengan blog ku sendiri... Jadi dengan mata yang separuh terbuka, aku teruskan jua perjuangan walaupun otak dah tak mampu nak proses sebarang input yang diberikan...
Setelah meng'edit' mana-mana bahagian yang kurasakan perlu (untuk mewujudkan sesebuah blog), aku pun mula menguap 2, 3 kali menandakan minda sudah kekurangan oksigen dan mata perlu ditutup untuk seketika.... ZZZZzzzzZZz